Wednesday, September 10, 2008

Pencarian Ahmad Kamil...

Nizhniy Novgorod, 9 Sept - berikutan kejadian pembunuhan kejam Cik Tee di bilik 313 tingkat 3, hotel mewah Perviy, pembunuh yang dikenalpasti sebagai Ahmad Kamil telah berjaya melarikan dirinya dari lokap tahanan. Polis yang masih curiga dengan modus operandi pembunuh untuk melepaskan diri telah berjumpa dengan bomoh Siam terkenal yang dikenali sebagai Pot Nik.

setelah menghulurkan beberapa riya' (yakni bahasa K.L nya ringgit), Pot Nik bersetuju untuk membantu pihak polis menyelesaikan misteri prison break versi Kamil itu. Setelah diasap beberapa daun kemeyan dari Gunung Kembang Semangkuk dan seraya memanggil mambang tanah, mambang itu tadi berjaya mengesan bau Kamil. Namun, apa yang lebih menghairankan, mambang tadi berkata Kamil telah mendapat bantuan dari seorang lagi bomoh terkenal, Wak Pauk yang berasal dari tanah Jawa.

Beberapa orang polis yang pergi memburu Kamil di rumahnya mengatakan bahawa Kamil telah disumpah oleh Wak Pauk yang dulunya rakan sekelas Kamil, menjadi tikus. sumpahan itu diyakini disebabkan oleh kegagalan Kamil untuk menjelaskan hutang piutangnya kepada Wak Pauk.

Malam tadi, detektif terkenal, En. Wawa dilaporkan membantu polis dalam usaha mencari Kamil. Beberapa pendekatan bernas dilakukan untuk menangkap pelarian penjara itu.

Beberapa kawasan strategik kini dilengkapi jerat turun temurun seperti gam tikus cap "Rumah Bersih" dan julap tikus yang dibeli di Kem tentera dibawah Hostel No. 5. kawasan yang dikenalpasti sebagai kawasan lepak Kamil; celah peti ais dan laci Milo telah dipasang perangkap.

Mambang tanah milik Pot Nik kini sedang bertarung dengan Jin Toncet milik Wak Pauk dalam usaha menangkap suspek yang bersubahat itu. Pertarungan getir yang berlaku di Kuxnya Hotel Perviy masih berlangsung. Orang ramai yang pergi melihat, rata-ratanya menyokong Pot Nik termasuk Cik Wani Abas ( Chairmain of Babas Spices Co.)

berita lanjut akan disambung pada malam esok, setelah selesai sembahyang Terawikh.

2 comments:

Anonymous said...

tak apa komen wani nnt kalo die terbaca post nih....
kirim salam kat pak bomoh tu...

Mr . Wajdi said...

uishh.. dont let wani know la.. she will get maddd~ akakka