Thursday, September 11, 2008

Bahana Serdak Milo...

Nizhniy Novgorod, Sept. 10 - Pembunuh kejam, Kamil Analanal yang di buru polis sejak malam pembunhan Cik Tee kini sudah di kenalpasti terkena perangkap gam tikus di bilik 314. Ekoran sumpahan yang dikenakan ke atasnya oleh Wak Pauk, Kamil yang kini telah kesurupan menjadi tikus liar.

berikutan penangkapan Kamil, pihak polis memberitahu bahawa Kamil dijumpai melekat separuh badannya pada gam tikus cap "Rumah Bersih". Saksi, En. Syahir Tonggek berkata dia mendengar suara cicipan dari arah rumah Kamil semasa sedang asyik mengayuh basikal kapcai tiga rodanya pulang dari membeli pisang kaki untuk dibuat Sundae. En. Syahir Tonggek yang hanya berpuasa yak-yok amat terkejut mendengar cicipan tikus itu.

Beliau seraya menjenguk kedalam rumah itu melalui tingkap. tambahannya, semasa mengintai ke dalam rumah itu, dia terlihat beberapa ekor tikus lain cuba membantu Kamil melepaskan diri, namun tidak berjaya. bahkan, ada seekor tikus ( yakni konco-konco Kamil) secara tidak sengaja telah terlekatkan ekornya sendiri pada gam itu.

semasa tikus konco 1 sedang ingin melepaskan ekornya dari gam, ia terlihat bayang-bayang (yakni En. Syahir Tonggek yang sedang mengintai), lalu menggigit ekornya sendiri bagaikan cicak. En. Syahir terus menelefon kepada pihak berkuasa atas penjeratan pembunuh kejam itu.

Selepas 5 minit aduan dibuat (yakni setelah selesai En. Syahir membuang sisa-sisa nasi goreng dari kedai Pak Syidan dari celah-celah gigi dan bibirnya) selepas 5 minit itu, polis pun tiba.

Proces menangkap Kamil amat melecehkan, dua polis yang cuba mengangkat Kamil dari gam pula secara tidak sengaja terlekat pada gam itu. En. Wawa yang muncul tiba-tiba berjaya menyelesaikan misteri perangkap gam itu ( menggunakan gloves, hebat!)

Setibanya pembunuh di balai polis ' sinkidapur' , pihak polis secara express telah menjatuhkan hukuman mati pada tikus sumpahan itu. Metod hukuman tidak dijelaskan secara terperinci atas dasar-dasar kerakusan melampau. ( cuma air panas dan beg plastik dijadikan sebagai alat hukuman). pada jam 2.30 pm waktu Nogorot, jenazah dikebumikan.

pihak polis kini telah menambah 3 lagi perangkap untuk menjerat konco-konco Kamil Analanal. Sementara itu, di Kuxnya, pertarungan sengit antara Pot Nik ( dengan mambang tanahnya) vs Wak Pauk (dengan jin toncetnya) masih lagi berlansung. Pengadil perlawanan, Hapis Salim Bachik mengatakan round kedua sudah selesai, kini pusingan 3 akan diadakan. berikut adalah komen- komen pengamal ilmu luar tabi'e tersebut.

Wak Pauk: wak yakin pasti menang ni! setakat mambang lumpur tu, jin toncet wak bisa lagi kuat. dulu, masa wak di tanah jawa, wak berguru bukan calang-calang. waduhh~ lihat! lebam- lebam jin wak ni. Toncet, kau jangan bisa sedih-sedih ya, kapan aku belikan lagi feveret tempe kau itu ya.. mesti menang ini!! (sambil menepuk-nepuk jinnya yang sedang menangis.

Pot Nik: kawe takdop ape lagi doh nak kecek. dop kiro guano pong mesti mene jugok nih. tuu, cubo mung tengok, Wani tu, gewe kawe tu, kalo kaloh la ni, malu kawe. takdop mane nk letok muke. mung ni pong satu lah mambang, guano mung bole biakan' jin trompet tu katok mung?! guano guano pong, mung mesti menang nih. kalo dop, melepaslah kawe ngan Wani tu, xdop rempah laie la rumah kito.

pusingan ketiga menjanjikan kemenangan pada salah seorang petanding. namun, kata pengadil upahan, Hapis Salim Bachik, para penonton juga bole mengundi di laman ini untuk menentukan siapakah yang layak menang.

itu sahaja berita untuk hari ini, selamat berpuasa. berita lanjut akan disambung setelah keputusan undian di comment dikira. sekian...

11 comments:

Anonymous said...

ak undi en wawa yg menang. sbb dia kan hero dlm citer ni.hehe

Anonymous said...

mcm cibai jer wawa.hahaha.aku undi wak pauk,sbb die mmg seorang goblin jawa yg handal lagi hodoh.

Shikin_zasni said...

wawa bengong... =D

Anonymous said...

bear bear akan menang.!!

Mr . Wajdi said...

mane ade bear2 dlm ni..akaka

Anonymous said...

wawa.... next time put another translation under the pelat kelantan.... tak paham lah....

Mr . Wajdi said...

pelat kelantan?? tu tak pelat la.. tu slang..ahaha.. i pon x paham gak..pot nik jer paham

Anonymous said...

salam ziarah dari bumi Dublin.. jemput2lah ke blog hamba.. :)

Anonymous said...

bole mintak keje kt majalah ujang pas 6th year nnt ni..hehe

Anonymous said...

cheap generic viagra womens viagra alternative to viagra viagra liver damage effects of viagra viagra cialis levitra buy generic viagra guaranteed cheapest viagra viagra prices viagra women buy viagra in canada viagra faq viagra for sale without a prescription make your own viagra

Anonymous said...

Your blog keeps getting better and better! Your older articles are not as good as newer ones you have a lot more creativity and originality now keep it up!