Monday, September 8, 2008

Misteri Pembunuhan Cik Tee.. (its dead! oh yeah its dead!)



Nizhniy Novgorod, Sept. 5 - Seekor anak tikus dijumpai mati katak di bilik 313 dalam keadaan ngeri. Anak tikus itu yang di beri nama Cik Tee di syaki mati akibat tersepit pada pintu bilik. Tuan tikus, Ahmad Kamil berkata Cik Tee sering kelihatan berkeliaran di corner pintu beliau.




Kamil yang begitu kesal dengan kematian anak tikus itu bersumpah akan menuntut bela atas kematian mangsa. beberapa suspek disyaki menjadi mastermind dalam kes pembunuhan kejam itu. Pauk ( nama sebenar Pait) yang juga seorang pembantu kanan Ahmad Kamil, mengerahkan pihak atasan agar mengeluarkan waran tangkap kepada tertuduh, En. Arep Sudin.

tertuduh yang menafikan dakwaan tersebut ingkar untuk memberikan DNA beliau kepada pihak atasan. Katanya, dia kesal dengan tindakan pihak atasan yang secara diam-diam mencuri rambut beliau dari kain tuala mandinya.

semalam berlaku satu pertelingkahan antara tertuduh dan yang menuduh. semasa rancak pertingkaran lidah sehingga menggamatkan suasana tingkat 3 itu, muncul wira penyelamat - En. Wawa. kedatangan beliau akhirnya berjaya menamatkan pertikaman lidah kedua-dua belah pihak.

keputusan uji kaji di tempat kejadian ( bilik 313) berjaya membuktikan bahawa En. Arep Sudin tidak bersalah. namun, apa yang menggemparkan ialah pembunuh sebenar tikus kecil itu, iaitu En. kamil.

pembunuh di bawa ke tempat perundingan dan apabila di tanya tentang motif pembunuhan, dengan tanpa segan silu dia menerangkan bahawa Cik Tee terlalu rakus. Pada malam kejadian, En. kamil mendapati bahawa bungkusan Horlick dan Milo nya dibocori oleh Cik Tee. Disebabkan perasan amarah, dia hilang kawalan diri dan sanggup mengumpan tikus belaan nya itu ke sisi pintu lalu mengepit mangsa tanpa belas kasihan.

Mangsa yang baru berumur belasan hari itu mati di tempat kejadian sambil meninggalkan wasiatnya ( najis busuk).

4 comments:

Anonymous said...

Haha..kesian Cik Tee!~ And who would hv thought Kamil wz a mouse-killer!

Mr . Wajdi said...

betol2!

Anonymous said...

tak leh ker tulis crite yg comel sikit??? asyik asyik bunuh jer...
bila pulak giliran wawa jadi pembunuh?

Mr . Wajdi said...

i mesti la jd hero..i director maa...