Thursday, August 21, 2008

psychopath?

"train to rawang will be arriving at platform no. 6"

perghh! penat aku lari nk kejar tren td, last2 penuh. terpaksalah aku tggu tren yang lain. aku pun terus carik bench nak duduk. sedang aku mencari posisi kedudukan paling selesa, ako terdengar " dah2.. kau blah la" aku fikir luahan itu untuk aku. bila aku pusing jer kepala, owh, aku lihat seorang lelaki mengusir pak cik tua ni (susa aku mau describe). pak cik tu buat tak endah dan kemudian datang pula dekat aku.

seperti masyarakat malaysia yang lain, aku cuba untuk jadi peramah. aku ukir senyuman lalu memandang wajah pak cik td. terkejutnya aku bila aku menoleh memandang muka pak cik tadi, mukanya kelihatan normal, cuma mungkin cara dia berpakaian dan beg plastik yang dipeluknya agak memelikkan. kalau sticker 'P' orang tampal di cermin kereta, pak cik td pula tampal 'P' dekat baju sendiri. aku pun tak pasti kenapa dia tampal kat naju sendiri, mungkin dia takut kereta langgar die kot. tiba2 dia bertanya pd aku " ekau dah konci roban ayam den blom?" lantas fikiran aku berkata , orang gila ni..

aku cuba berlagak macho, membiarkan dia duduk di sebelah aku. soalannya td belum dpt aku jawab ( aku takde reban ayam weyh). beberapa saat lepas tu, die tersengih hingga menampakkan gigi2 rongaknya memandang aku, " ekau tau tujuan idop tak?"

ini pertama kali dlm 21 tahun aku hidup di fatamorgana ni ada org bertanya pd aku soalan sebegitu. aku tidak dpt menjawab, lalu aku tersenyum bersahaja pd pak cik tu.
"tujuan idop adalah untuk BANGUN!" jerit pak cik td lalu bangun dari bench td, dan terus blah.. aku dan org lain disekeliling yang mendengar tersengih, malah ada yang tergelak melihat gelagat pak cik gila tu. aku sendiri tak pasti dia samada dia sememangnya menjerit BANGUN! kerana mmg itu tujuan hidup dia atau dia sememangnya ingin bangun dari kerusi duduknya dan chow.

sedang aku tersenyum, tren pun sampai. bertuahnya aku, tren tu kosong. aku duduk dan berfikir.. "btol jugak ckp pak cik td, aku sendri pon x tau tujuan idop aku" aku terfikir akan perkataan "bangun" yang dijerit pak cik td. aku cuba mentafsir maksud bangun. pelbagai andaian dan tafsiran yang aku cuba huraikan, namun aku masih blurred dgn "bangun". apakah bangun itu bermaksud cuba berdiri semula selepas jatuh? (semantic) atau tegak dan menyedari kedudukan dan kehadiran diri dan org lain?
aku pun hampir gila memikirkan kata2 pak cik td.. yang paling penting, aku mahu mencari tujuan hidup aku dan kehadiran aku..
sekian....

1 comment:

Shikin_zasni said...

tujuan utk hidup...pakcik tu kata bgn.. kalau dah bgn , jln lah ke depan..bukan ke belakang.. tp manusia selalu hidup dgn kisah silam